- BAHASA MALAYSIA
- BAHASA INGGERIS
- BAHASA CINA
- BAHASA TAMIL
FOKUS UTAMA
Kemahiran bahasa
- Mendengar, bertutur, membaca dan menulis
Seni bahasa
- Keupayaan murid mengungkap keindahan bahasa melalui kepelbagaian aktiviti dan permainan bahasa.
TUNJANG KEROHANIAN SIKAP DAN NILAI
Pendidikan Islam
- Diajar dua jam seminggu
- Pengetahuan dan kemahiran asas (rukun islam, rukun iman, sirah Rasulullah dan kalimah syahadah)
- Belajar berwuduk, bersuci, pergerakan solat, contohi beberapa akhlak Rasulullah.
- Lakukan amalan harian ikut adab.
- Kenal asas bahasa Al-Quran, huruf hijjaiyah dan jawi.
- Hafal beberapa surah pendek dan doa pilihan.
- aktiviti seperti bercerita, simulasi, menyanyi, bernasyid, aktiviti hands-on, meneroka dan bermain.
Pendidikan Moral.
- Diajar dua jam seminggu
- Fokus kepada pelakuan moral yang dipupuk secara berterusan sepanjang masa murid berada di sekolah.
- Tidak dijalankan melalui aktiviti yang spesifik tetapi diterapkan melalui kesemua aktiviti yang dijalankan
- Nilai-nilai murni
TUNJANG KETERAMPILAN DIRI.
Perkembangan sosioemosi
- Penekanan kepada perkembangan sosioemosi kanak-kanak.
- Akan alami masalah sekiranya emosi tidak stabil dan mantap.
- Rangkumi aspek mengenali dan mengurus emosi sendiri, pencapaian emosi yang positif, pembinaan konsep kendiri positif, pembinaan kemahiran berinteraksi dan kemahiran sosial.
- Berlaku sepanjang masa kanak-kanak berada di prasekolah.
- Tidak dicapai melalui aktiviti spesifik tetapi menerusi semua aktiviti (aktiviti rutin, semasa rehat, semasa makan dan aktiviti pdp yang lain)
TUNJANG PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN ESTETIKA.
Perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan.
- Perkembangan fizikal mantap amat penting untuk menguasai kemahiran motor halus dan motor kasar.
- Sediakan peluang pembelajaran untuk tingkatkan kemahiran motor halus dan motor kasar serta koordinasi mata - tangan
- Pembinaan amalan penjagaan kesihatan fizikal diri, kebersihan persekitaran dan permakanan yang berkhasiat.
- Aspek keselamatan diri daripada sumber di sebabkan kemalangan dan bahaya serta langkah menjaga kehormatan diri,
Perkembangan kreativiti.
- Merangkumi seni visual, pendidikan muzik, serta drama dan pergerakan kreatif.
i. Seni visual
- Aplikasi seni (proses mengenal dan memilih bahan untuk hasilkan satu karya)
- Ekspresi kreatif (penghasilan karya)
- Apresiasi (menceritakan hasil kerja sendiri dan tunjuk rasa penghargaan terhadap persekitaran dan hasil kerja orang lain.
TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI
- Merangkumi awal sains, awal matematik, aktiviti pembinaan blog dan penggunaan ICT.
a) Awal sains
- Peluang kepada kanak-kanak meneroka alam sekitar menggunakan organ deria dan peralatan mudah.
- Kemahiran asas proses sains seperti kemahiran memerhati, mengukur, dan menggunakan unit bukan piawai, membanding dan mengelas.
- Penerokaan dijalankan ke atas alam hidupan, alam bahan dan alam fizikal.
- Pentingkan penguasaan kemahiran daripada pemerolihan pengetahuan,
- Sikap terbuka terhadap pandangan dan dapatan daripada hasil penerokaan murid.
b) Awal matematik
- Pengalaman awal matematik
- Konsep pranombor, nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang.
- Penerokaan dijalankan ke atas alam hidupan, alam bahan dan alam fizikal.
- Pentingkan penguasaan kemahiran daripada pemerolihan pengetahuan.
- Sikap terbuka terhadap pandangan dan dapatan daripada hasil penerokaan murid.
- Peluang kepada murid menggunakan komputer.
- Penggunaan menggunakan komputer di tahap asas.
TUNJANG KEMANUSIAAN
Tunjang kemanusiaan menggariskan skop dan konteks pembelajaran prasekolah. Tunjang ini memberi peluang kepada kanak-kanak supaya:
- Memahami diri sendiri
- Lebih memahami perhubungan antara diri dengan keluarga, rakan, komuniti dan alam sekitar
- Memahami tanggungjawab diri dalam perhubungan
- Memahami budaya dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia
- Menggalakkan penglibatan dalam perayaan pelbagai kaum di Malaysia.