Sunday 21 May 2017

KEPENTINGAN SUBJEK ICT KEPADA KANAK-KANAK

            Pembelajaran ICT merupakan satu bidang yang amat penting dalam membina rangkaian dan memenuhi cabaran persaingan masa kini. Pembelajaran berasaskan pengunaan ICT mampu memberi kesan ke atas hasil kerja dan tingkah laku murid-murid terutamanya kanak-kanak di institusi pendidikan awal kanak-kanak seperti taska, tadika dan prasekolah. Tahap kesediaan guru PAKK merujuk kepada bagaimana seseorang guru itu bersedia atau menyiapkan diri untuk mengajar subjek yang berkaitan dengan penggunaan ICT atau sesuatu yang berkait dengan penggunaan alat-alat berteknologi  seperti komputer. Manakala mengaplikasian penggunaan ICT adalah proses menggunakan sepenuhnya fungsi-fungsi peralatan tersebut sebaik mungkin dengan melibatkan prinsip, kaedah dan teknik pembelajaran yang sesuai dengan bimbingan guru yang terlatih dalam bidang tersebut.

             Pembelajaran dengan mengaplikasikan penggunaan ICT ini selaras dengan kehendak yang digariskan dalam Plan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu membangunkan ICT dalam pendidikan yang mengambil kira keperluan kanak-kanak untuk mengetahui dan mempelajari literasi ICT, memperoleh kemahiran ICT dan menggunakan ICT ketika proses pembelajaran dan pengajaran berlaku secara langsung.

            Persekitaran seperti makmal komputer yang disediakan mampu menilai sejauh mana tahap kesediaan guru PAKK dalam menyediakan bahan bantu mengajar berasaskan ICT yang mampu menarik minat kanak-kanak terhadap isi pelajaran dan kesan pengajaran terhadap hasil kerja dan tingkah laku kedua-dua pihak iaitu guru dan kanak-kanak. Pembelajaran ICT turut melibatkan aspek kesediaan guru PAKK, kemudahan fizikal dan kesesuaian bahan ICT. Amalan ICT kepada kanak-kanak di bilik darjah TASKA. TADIKA atau prasekolah mampu merangsang perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

            Pendedahan berkaitan pengetahuan dan penggunaan asas ICT akan diterapkan kepada guru PAKK bagi menyediakan bahan bantu mengajar berasaskan penggunaan ICT di institusi pendidikan awal kanak-kanak. Hal ini kerana, aktiviti pembelajaran dan pengajaran berasaskan ICT akan memperkembangkan kecerdasan pelbagai seseorang individu seperti kecerdasan intelektual, linguistik dan intrapersonal dan sebagainya.

            Aspek seterusnya adalah melibatkan tahap kemudahan fizikal makmal komputer dalam proses pembelajaran dan pengajaran menggunakan ICT. Kemudahan-kemudahan peralatan ICT seperti komputer,LCD projektor, speaker dan lain-lain disediakan bagi memenuhi keperluan pembelajaran guru PAKK.

            Selain itu, aspek pembelajaran ICT juga dinilai melalui tahap kesesuaian bahan yang digunakan semasa proses pembelajaran dan pengajaran penggunaan ICT. Tahap kesesuaian bahan mungkin dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti tidak mencukupi hasil pengajaran atau objektif pembelajaran, tidak relevan dengan perkembangan kanak-kanak iaitu bahan yang disediakan tidak mengikut tahap umur kanak-kanak atau kebolehan dan keupayaan kanak-kanak untuk menggunakan bahan yang telah dibekalkan. Maka amat penting kepada guru PAKK menguasai ilmu ICT kerana golongan ini bekerja dengan kanak-kanak pada masa akan datang. Keseluruhannya apabila guru PAKK dengan menguasai pembelajaran berasaskan ICT proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku dengan lancar. Bagi memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran ICT, penggunaan ICT akan melancarkan keberkesanan sesuatu topik pembelajaran apabila adanya bantuan video, audio, text dan sebagainya.

              Penggunaan ICT dalam pembelajaran kanak-kanak bukanlah satu kemestian tetapi dunia berteknologi sekarang guru harus diperkenalkan literasi ICT kepada kanak-kanak kerana perkembangan kognitif dan teknologi kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Kanak-kanak perlu mendapat pendedahan awal tentang penggunaan ICT supaya mereka dapat menggunakan aplikasi internet ke arah yang positif dan membantu dalam proses pembelajaran. Pembelajaran berkaitan ICT juga mempengaruhi hasil kerja dan tingkahlaku kanak-kanak. Seterusnya, dengan konsep pembelajaran ICT guru PAKK turut membantu dalam melahirkan generasi yang celik ICT selaras dengan matlamat kerajaan yang mengutamakan penggunaan ICT.
           

No comments:

Post a Comment