Wednesday 5 July 2017

VIDEO


WAHAI SAHABAT





KALAU RASA GEMBIRA
                                                                           

Saturday 1 July 2017

KEPENTINGAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

DEFINISI PENDIDIKAN

              Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (1993), mendefinikasikan pendidikan ialah perihal mendidik. Selain itu, pendidikan juga ialah ilmu yang merujuk kepada ilmu didik, ilmu mendidik, didikan, latiha dan ajaran. Perkataan pendidikan pendidikan berakar umbi daripada perkataan 'didik' dan membawa maksud ajar, bimbing, bentuk dan asuh. Menurut perkataan Inggeris pula, pendidikan adalah 'Education' iaitu perkataan yang berasal daripada Latin 'Educare' yang bermaksud mengasuh, memelihara dan juga menbimbing. Oleh itu, melalui definisi tersebut dapatlah kita memahami pendidikan merupakan proses pertumbuhan ke arah yang lebih baik bagi mencapai kesempurnaan akal, mental dan juga perkembangan jasmani. Menurut Mok Soon Sang (1991), di dalam bukunya 'Penddikan di Malaysia' merumuskan bahawa pendidikan ialah satu proses atau aktiviti yang berusaha untuk memperkembangkan fizikal, intelek, sosial, dan emosi seseorang individu serta menabahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan, dan pengalaman supaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan kemajuaan dalam kehidupannya, membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang lebih sihat bagi faedah diri sendiri serta masyarakat, masa dan negara.

            Menurut Atan Long (1976-1978) di dalam bukunya yang bertajuk 'Psikologi Pendidikan' memuatkan di dalamnya beberapa pandangan mengenai pendidikan yang telah kemukakan oleh beberapa sarjana dan ilmu islam. Antaranya ialah Syed Muhammad Qutb menyatakan bahawa pendidikan adalah proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Menurut Najeemah Md. Yusuf (2006), pendidikan ialah aktiviti perkembangan dan pemikiran serta kuasa-kuasa semula jadi melalui pembelajaran yang sudah dirancang, meliputi pendidikan formal dan pendidikan bukan formal.

          Menurut Swift D.F di dalam bukunya 'Sosiologi Of Education' yang dipetik dalam laman web, menghuraikan pendapat yang dikemukakan oleh beberapa orang saujana dan ilmuan dari barat berkenaan dengan pendidikan antaranya ialah Plato berpendapat pendidikan ialah sesuatu proses untuk membentuk individu berakhlak mulia. Beliau menyokong pendapat Socrates bahawa tujuan pendidikan ialah memberi latihan moral kewarganegaraan. Menurut Aristotle pula, pendidikan ialah ilmu yang bersifat etetika dan politikan. Mengikut beliau, tujuan pendidikan ialah memberi setiap warga negara peluang untuk mencapai kebahagiaan hidup John Dewey pula mengatakan bahawa pendidikan satu proses perkembangan individu. Mengikut beliau, pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan lebih selamat lagi.

        Menurut tokoh islam pula, Amar Al-Shaibani berpendapat bahawa pendidikan adalah digunakan untuk melatih manusia membuat persiapan bagi kehidupan dunia dan akhirat. menurut Al-Ghazali pula, proses pendidikan hendaklah merangkumi aspek intelek latihan jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia, berani dan hormat menghormati. firman Allah di dalam surah Al-Alaq ayat 1 yang bermaksud: "bacalah!!! dengan Nama Tuhanmu yang menjadikan', jelas menunjukkan betapa pentingnya pendidikan kepada setiap umat manusia dengan tidak mengira jantina, agama, budaya, unur, keturunan, dan sebagainya. Begitu juga dengan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "menuntut ilmu itu wajib bagi setiap lelaki dan perempuan", jelas memberitahu kepada kita bahawa setiap orang tidak kira lelaki dan perempuan dihendaki menuntut ilmu atau kata lainnya mempunyai pendidikan.