Wednesday, 5 July 2017

VIDEO


WAHAI SAHABAT





KALAU RASA GEMBIRA
                                                                           

Saturday, 1 July 2017

KEPENTINGAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

DEFINISI PENDIDIKAN

              Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (1993), mendefinikasikan pendidikan ialah perihal mendidik. Selain itu, pendidikan juga ialah ilmu yang merujuk kepada ilmu didik, ilmu mendidik, didikan, latiha dan ajaran. Perkataan pendidikan pendidikan berakar umbi daripada perkataan 'didik' dan membawa maksud ajar, bimbing, bentuk dan asuh. Menurut perkataan Inggeris pula, pendidikan adalah 'Education' iaitu perkataan yang berasal daripada Latin 'Educare' yang bermaksud mengasuh, memelihara dan juga menbimbing. Oleh itu, melalui definisi tersebut dapatlah kita memahami pendidikan merupakan proses pertumbuhan ke arah yang lebih baik bagi mencapai kesempurnaan akal, mental dan juga perkembangan jasmani. Menurut Mok Soon Sang (1991), di dalam bukunya 'Penddikan di Malaysia' merumuskan bahawa pendidikan ialah satu proses atau aktiviti yang berusaha untuk memperkembangkan fizikal, intelek, sosial, dan emosi seseorang individu serta menabahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan, dan pengalaman supaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan kemajuaan dalam kehidupannya, membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang lebih sihat bagi faedah diri sendiri serta masyarakat, masa dan negara.

            Menurut Atan Long (1976-1978) di dalam bukunya yang bertajuk 'Psikologi Pendidikan' memuatkan di dalamnya beberapa pandangan mengenai pendidikan yang telah kemukakan oleh beberapa sarjana dan ilmu islam. Antaranya ialah Syed Muhammad Qutb menyatakan bahawa pendidikan adalah proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Menurut Najeemah Md. Yusuf (2006), pendidikan ialah aktiviti perkembangan dan pemikiran serta kuasa-kuasa semula jadi melalui pembelajaran yang sudah dirancang, meliputi pendidikan formal dan pendidikan bukan formal.

          Menurut Swift D.F di dalam bukunya 'Sosiologi Of Education' yang dipetik dalam laman web, menghuraikan pendapat yang dikemukakan oleh beberapa orang saujana dan ilmuan dari barat berkenaan dengan pendidikan antaranya ialah Plato berpendapat pendidikan ialah sesuatu proses untuk membentuk individu berakhlak mulia. Beliau menyokong pendapat Socrates bahawa tujuan pendidikan ialah memberi latihan moral kewarganegaraan. Menurut Aristotle pula, pendidikan ialah ilmu yang bersifat etetika dan politikan. Mengikut beliau, tujuan pendidikan ialah memberi setiap warga negara peluang untuk mencapai kebahagiaan hidup John Dewey pula mengatakan bahawa pendidikan satu proses perkembangan individu. Mengikut beliau, pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan lebih selamat lagi.

        Menurut tokoh islam pula, Amar Al-Shaibani berpendapat bahawa pendidikan adalah digunakan untuk melatih manusia membuat persiapan bagi kehidupan dunia dan akhirat. menurut Al-Ghazali pula, proses pendidikan hendaklah merangkumi aspek intelek latihan jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia, berani dan hormat menghormati. firman Allah di dalam surah Al-Alaq ayat 1 yang bermaksud: "bacalah!!! dengan Nama Tuhanmu yang menjadikan', jelas menunjukkan betapa pentingnya pendidikan kepada setiap umat manusia dengan tidak mengira jantina, agama, budaya, unur, keturunan, dan sebagainya. Begitu juga dengan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "menuntut ilmu itu wajib bagi setiap lelaki dan perempuan", jelas memberitahu kepada kita bahawa setiap orang tidak kira lelaki dan perempuan dihendaki menuntut ilmu atau kata lainnya mempunyai pendidikan.


Sunday, 11 June 2017

TUNJANG DALAM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH (KSPK)

TUNJANG KOMUNIKASI
  • BAHASA MALAYSIA
  • BAHASA INGGERIS
  • BAHASA CINA
  • BAHASA TAMIL
FOKUS UTAMA

Kemahiran bahasa 
  • Mendengar, bertutur, membaca dan menulis
Seni bahasa
  • Keupayaan murid mengungkap keindahan bahasa melalui kepelbagaian aktiviti dan permainan bahasa.
TUNJANG KEROHANIAN SIKAP DAN NILAI

Pendidikan Islam
  • Diajar dua jam seminggu 
  • Pengetahuan dan kemahiran asas (rukun islam, rukun iman, sirah Rasulullah dan kalimah syahadah)
  • Belajar berwuduk, bersuci, pergerakan solat, contohi beberapa akhlak Rasulullah.
  • Lakukan amalan harian ikut adab.
  • Kenal asas bahasa Al-Quran, huruf hijjaiyah dan jawi.
  • Hafal beberapa surah pendek dan doa pilihan.
  • aktiviti seperti bercerita, simulasi, menyanyi, bernasyid, aktiviti hands-on, meneroka dan bermain.
Pendidikan Moral.
  • Diajar dua jam seminggu
  • Fokus kepada pelakuan moral yang dipupuk secara berterusan sepanjang masa murid berada di sekolah.
  • Tidak dijalankan melalui aktiviti yang spesifik tetapi diterapkan melalui kesemua aktiviti yang dijalankan
  • Nilai-nilai murni 
TUNJANG KETERAMPILAN DIRI.

Perkembangan sosioemosi
  • Penekanan kepada perkembangan sosioemosi kanak-kanak.
  • Akan alami masalah sekiranya emosi tidak stabil dan mantap.
  • Rangkumi aspek mengenali dan mengurus emosi sendiri, pencapaian emosi yang positif, pembinaan konsep kendiri positif, pembinaan kemahiran berinteraksi dan kemahiran sosial.
  • Berlaku sepanjang masa kanak-kanak berada di prasekolah.
  • Tidak dicapai melalui aktiviti spesifik tetapi menerusi semua aktiviti (aktiviti rutin, semasa rehat, semasa makan dan aktiviti pdp yang lain)
TUNJANG PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN ESTETIKA.

Perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan.
  • Perkembangan fizikal mantap amat penting untuk menguasai kemahiran motor halus dan motor kasar.
  • Sediakan peluang pembelajaran untuk tingkatkan kemahiran motor halus dan motor kasar serta koordinasi mata - tangan
  • Pembinaan amalan penjagaan kesihatan fizikal diri, kebersihan persekitaran dan permakanan yang berkhasiat.
  • Aspek keselamatan diri daripada sumber di sebabkan kemalangan dan bahaya serta langkah menjaga kehormatan diri,
Perkembangan kreativiti.
  • Merangkumi seni visual, pendidikan muzik, serta drama dan pergerakan kreatif.
Penekanan proses daripada produk
i. Seni visual
  • Aplikasi seni (proses mengenal dan memilih bahan untuk hasilkan satu karya)
  • Ekspresi kreatif (penghasilan karya)
  • Apresiasi (menceritakan hasil kerja sendiri dan tunjuk rasa penghargaan terhadap persekitaran dan hasil kerja orang lain.
TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI 
  • Merangkumi awal sains, awal matematik, aktiviti pembinaan blog dan penggunaan ICT.
a) Awal sains
  • Peluang kepada kanak-kanak meneroka alam sekitar menggunakan organ deria dan peralatan mudah.
  • Kemahiran asas proses sains seperti kemahiran memerhati, mengukur, dan menggunakan unit bukan piawai, membanding dan mengelas.
  • Penerokaan dijalankan ke atas alam hidupan, alam bahan dan alam fizikal.
  • Pentingkan penguasaan kemahiran daripada pemerolihan pengetahuan,
  • Sikap terbuka terhadap pandangan dan dapatan daripada hasil penerokaan murid.
b) Awal matematik
  • Pengalaman awal matematik
  • Konsep pranombor, nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang.
  • Penerokaan dijalankan ke atas alam hidupan, alam bahan dan alam fizikal.
  • Pentingkan penguasaan kemahiran daripada pemerolihan pengetahuan.
  • Sikap terbuka terhadap pandangan dan dapatan daripada hasil penerokaan murid.
  • Peluang kepada murid menggunakan komputer.
  • Penggunaan menggunakan komputer di tahap asas.
TUNJANG KEMANUSIAAN

Tunjang kemanusiaan menggariskan skop dan konteks pembelajaran prasekolah. Tunjang ini memberi peluang kepada kanak-kanak supaya:
  • Memahami diri sendiri
  • Lebih memahami perhubungan antara diri dengan keluarga, rakan, komuniti dan alam sekitar
  • Memahami tanggungjawab diri dalam perhubungan
  • Memahami budaya dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia
  • Menggalakkan penglibatan dalam perayaan pelbagai kaum di Malaysia. 

Wednesday, 24 May 2017

ISU DAN PERMASALAHAN YANG TERDAPAT KETIKA MENGAJAR DI PERINGKAT PRASEKOLAH

Celik Huruf

  • Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPM), Datin Asariah Binti Mior Shaharuddin berkata, KPM menetapkan agar semua kanak-kanak normal bersekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). sukatan pelajaran prasekolah, antara lain, bertujuan untuk mencelik hurufkan murid. Ada guru Bahasa Melayu beranggapan bahawa semua murid yang diterima masuk ke kelas tahun 1 sudah celik huruf. Apabila anggapan itu meleset, mereka mengeluh. Mereka berasa berat untuk mengajarkan ABC kepada beberapa orang murid yang tidak berpeluang mengikuti kelas prasekolah. Ada juga murid yang sudah mengikuti prasekolah tetapi masih belum celik huruf.
Kesukaran Menguasai Konsep Nombor
  • Konsep nombor merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah. Nombor memainkan peranan yang penting dalam menguasai pembelajaran matematik prasekolah. Namun begitu, didapati segelintir guru tidak memahami perkembangan kanak-kanak dan asas dalam perkembangan matematik dengan teras mengajar kanak-kanak simbol nombor 1,2,3 dan seterusnya tanpa mengaitkan nombor-nombor ini dengan objek di sekeliling. Ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat mengaitkan nombor dengan keadaan sebenar.
Penggunaan Portfolio Bagi Penilaian Kanak-kanak Prasekolah
  • Tempat penyimpanan hasil kerja adalah juga satu masalah kegunaa portfolio. Terdapat pelbagai bentuk portfolio yang boleh diselenggara. Antaranya menggunakan kotak, fail, folder atau disket. Cara menyimpan hasil kerja banyak bergantung kepada pengalaman guru menyelenggara portfolio pada tahun-tahun sebelumnya. Akibat tidak kecekapan guru mengumpul hasil kerja, sikap guru yang tidak selektif, guru sering kali memasukkan kesemua hasil kerja tanpa dianalisis. Ini menjadikan bahan yang dikumpul terlalu banyak dan menegaskan bentuk fizikal portfolio.
Kurang Pengetahuan Dalam Pengajaran Sains Awal
  • Perubahan kurikulum prasekolah yang sering berlaku di Malaysia banyak menyusahkan proses pembelajaran dan pengajaran guru di peringkat prasekolah. Kurikulum standard prasekolah kebangsaan amat menekankan pengajaran sains awal kepada kanak-kanak prasekolah. Perubahan ini menyebabkan guru-guru prasekolah kurang pengetahuan dalam pengajaran sains awal. Hal tersebut juga memberi kesan terhadap sikap dan keyakinan guru-guru prasekolah dalam pelajaran sains awal. 

Sunday, 21 May 2017

KEPENTINGAN SUBJEK ICT KEPADA KANAK-KANAK

            Pembelajaran ICT merupakan satu bidang yang amat penting dalam membina rangkaian dan memenuhi cabaran persaingan masa kini. Pembelajaran berasaskan pengunaan ICT mampu memberi kesan ke atas hasil kerja dan tingkah laku murid-murid terutamanya kanak-kanak di institusi pendidikan awal kanak-kanak seperti taska, tadika dan prasekolah. Tahap kesediaan guru PAKK merujuk kepada bagaimana seseorang guru itu bersedia atau menyiapkan diri untuk mengajar subjek yang berkaitan dengan penggunaan ICT atau sesuatu yang berkait dengan penggunaan alat-alat berteknologi  seperti komputer. Manakala mengaplikasian penggunaan ICT adalah proses menggunakan sepenuhnya fungsi-fungsi peralatan tersebut sebaik mungkin dengan melibatkan prinsip, kaedah dan teknik pembelajaran yang sesuai dengan bimbingan guru yang terlatih dalam bidang tersebut.

             Pembelajaran dengan mengaplikasikan penggunaan ICT ini selaras dengan kehendak yang digariskan dalam Plan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu membangunkan ICT dalam pendidikan yang mengambil kira keperluan kanak-kanak untuk mengetahui dan mempelajari literasi ICT, memperoleh kemahiran ICT dan menggunakan ICT ketika proses pembelajaran dan pengajaran berlaku secara langsung.

            Persekitaran seperti makmal komputer yang disediakan mampu menilai sejauh mana tahap kesediaan guru PAKK dalam menyediakan bahan bantu mengajar berasaskan ICT yang mampu menarik minat kanak-kanak terhadap isi pelajaran dan kesan pengajaran terhadap hasil kerja dan tingkah laku kedua-dua pihak iaitu guru dan kanak-kanak. Pembelajaran ICT turut melibatkan aspek kesediaan guru PAKK, kemudahan fizikal dan kesesuaian bahan ICT. Amalan ICT kepada kanak-kanak di bilik darjah TASKA. TADIKA atau prasekolah mampu merangsang perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

            Pendedahan berkaitan pengetahuan dan penggunaan asas ICT akan diterapkan kepada guru PAKK bagi menyediakan bahan bantu mengajar berasaskan penggunaan ICT di institusi pendidikan awal kanak-kanak. Hal ini kerana, aktiviti pembelajaran dan pengajaran berasaskan ICT akan memperkembangkan kecerdasan pelbagai seseorang individu seperti kecerdasan intelektual, linguistik dan intrapersonal dan sebagainya.

            Aspek seterusnya adalah melibatkan tahap kemudahan fizikal makmal komputer dalam proses pembelajaran dan pengajaran menggunakan ICT. Kemudahan-kemudahan peralatan ICT seperti komputer,LCD projektor, speaker dan lain-lain disediakan bagi memenuhi keperluan pembelajaran guru PAKK.

            Selain itu, aspek pembelajaran ICT juga dinilai melalui tahap kesesuaian bahan yang digunakan semasa proses pembelajaran dan pengajaran penggunaan ICT. Tahap kesesuaian bahan mungkin dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti tidak mencukupi hasil pengajaran atau objektif pembelajaran, tidak relevan dengan perkembangan kanak-kanak iaitu bahan yang disediakan tidak mengikut tahap umur kanak-kanak atau kebolehan dan keupayaan kanak-kanak untuk menggunakan bahan yang telah dibekalkan. Maka amat penting kepada guru PAKK menguasai ilmu ICT kerana golongan ini bekerja dengan kanak-kanak pada masa akan datang. Keseluruhannya apabila guru PAKK dengan menguasai pembelajaran berasaskan ICT proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku dengan lancar. Bagi memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran ICT, penggunaan ICT akan melancarkan keberkesanan sesuatu topik pembelajaran apabila adanya bantuan video, audio, text dan sebagainya.

              Penggunaan ICT dalam pembelajaran kanak-kanak bukanlah satu kemestian tetapi dunia berteknologi sekarang guru harus diperkenalkan literasi ICT kepada kanak-kanak kerana perkembangan kognitif dan teknologi kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Kanak-kanak perlu mendapat pendedahan awal tentang penggunaan ICT supaya mereka dapat menggunakan aplikasi internet ke arah yang positif dan membantu dalam proses pembelajaran. Pembelajaran berkaitan ICT juga mempengaruhi hasil kerja dan tingkahlaku kanak-kanak. Seterusnya, dengan konsep pembelajaran ICT guru PAKK turut membantu dalam melahirkan generasi yang celik ICT selaras dengan matlamat kerajaan yang mengutamakan penggunaan ICT.
           

Wednesday, 10 May 2017

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bidang teknologi merupakan bidang yang sangat mencabar minda, kehidupan dalam alam siber memerlukan kita mempunyai pengetahuan yang amat luas. Daripada perkembangan teknologi inilah, manusia menikmati kemudahan hidup. Teknologi memberi pelbagai kesan sama ada kebaikan mahupun keburukan.

Antara kebaikan bidang teknologi dalam pendidikan adalah:
  • Membantu memperbaiki keseluruhan keberkesanan proses p&p
  • Menambah kualiti pembelajaran atau peringkat penguasaan pembelajaran
  • Mengurangkan dan menjimatkan masa dan tenaga
  • Menambahkan keberkesanan guru dari segi bilangan pelajar tanpa mengurangkan kualiti pembelajaran.
  • Merangsang minat pelajar
  • Memberi kelainan dan kepelbagaian dalam kaedah mengajar.
  • Memperkayakan pengalaman pelajar.
  • Menghasilkan bahan-bahan pengajaran yang lebih efisen.

Dalam mengembangkan bidang teknologi pendidikan yang semakin canggih ini juga, terselit jua masalah yang akan timbul dalam mengaplikasikan bidang ini. Antara masalah yang timbul atau keburukan dalam bidang teknologi pendidikan ke atas proses p&p adalah:

  • Guru kurang berkemahiran dalam bidang teknologi 
  • Peralatan-peralatan kurang dan dan tidak disediakan di sekolah-sekolah terutamanya di sekolah pendalaman .
  • Guru kurang bermotivasi dan merasakan bidang teknologi dalam pendidikan sebagai satu bebanan terhadap kerjaya guru.
  • Alatan teknologi pendidikan terutama media elektronik memerlukan peruntukkan kewangan yang besar 
  • Guru tidak mempunyai masa untuk menghasilkan alat bantu mengajar ( ABM ) berbentuk IT 
  • Kekurangan bahan ( software pendidikan ) .