Wednesday 24 May 2017

ISU DAN PERMASALAHAN YANG TERDAPAT KETIKA MENGAJAR DI PERINGKAT PRASEKOLAH

Celik Huruf

  • Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPM), Datin Asariah Binti Mior Shaharuddin berkata, KPM menetapkan agar semua kanak-kanak normal bersekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). sukatan pelajaran prasekolah, antara lain, bertujuan untuk mencelik hurufkan murid. Ada guru Bahasa Melayu beranggapan bahawa semua murid yang diterima masuk ke kelas tahun 1 sudah celik huruf. Apabila anggapan itu meleset, mereka mengeluh. Mereka berasa berat untuk mengajarkan ABC kepada beberapa orang murid yang tidak berpeluang mengikuti kelas prasekolah. Ada juga murid yang sudah mengikuti prasekolah tetapi masih belum celik huruf.
Kesukaran Menguasai Konsep Nombor
  • Konsep nombor merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah. Nombor memainkan peranan yang penting dalam menguasai pembelajaran matematik prasekolah. Namun begitu, didapati segelintir guru tidak memahami perkembangan kanak-kanak dan asas dalam perkembangan matematik dengan teras mengajar kanak-kanak simbol nombor 1,2,3 dan seterusnya tanpa mengaitkan nombor-nombor ini dengan objek di sekeliling. Ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat mengaitkan nombor dengan keadaan sebenar.
Penggunaan Portfolio Bagi Penilaian Kanak-kanak Prasekolah
  • Tempat penyimpanan hasil kerja adalah juga satu masalah kegunaa portfolio. Terdapat pelbagai bentuk portfolio yang boleh diselenggara. Antaranya menggunakan kotak, fail, folder atau disket. Cara menyimpan hasil kerja banyak bergantung kepada pengalaman guru menyelenggara portfolio pada tahun-tahun sebelumnya. Akibat tidak kecekapan guru mengumpul hasil kerja, sikap guru yang tidak selektif, guru sering kali memasukkan kesemua hasil kerja tanpa dianalisis. Ini menjadikan bahan yang dikumpul terlalu banyak dan menegaskan bentuk fizikal portfolio.
Kurang Pengetahuan Dalam Pengajaran Sains Awal
  • Perubahan kurikulum prasekolah yang sering berlaku di Malaysia banyak menyusahkan proses pembelajaran dan pengajaran guru di peringkat prasekolah. Kurikulum standard prasekolah kebangsaan amat menekankan pengajaran sains awal kepada kanak-kanak prasekolah. Perubahan ini menyebabkan guru-guru prasekolah kurang pengetahuan dalam pengajaran sains awal. Hal tersebut juga memberi kesan terhadap sikap dan keyakinan guru-guru prasekolah dalam pelajaran sains awal. 

No comments:

Post a Comment