Wednesday, 24 May 2017

ISU DAN PERMASALAHAN YANG TERDAPAT KETIKA MENGAJAR DI PERINGKAT PRASEKOLAH

Celik Huruf

  • Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPM), Datin Asariah Binti Mior Shaharuddin berkata, KPM menetapkan agar semua kanak-kanak normal bersekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). sukatan pelajaran prasekolah, antara lain, bertujuan untuk mencelik hurufkan murid. Ada guru Bahasa Melayu beranggapan bahawa semua murid yang diterima masuk ke kelas tahun 1 sudah celik huruf. Apabila anggapan itu meleset, mereka mengeluh. Mereka berasa berat untuk mengajarkan ABC kepada beberapa orang murid yang tidak berpeluang mengikuti kelas prasekolah. Ada juga murid yang sudah mengikuti prasekolah tetapi masih belum celik huruf.
Kesukaran Menguasai Konsep Nombor
  • Konsep nombor merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah. Nombor memainkan peranan yang penting dalam menguasai pembelajaran matematik prasekolah. Namun begitu, didapati segelintir guru tidak memahami perkembangan kanak-kanak dan asas dalam perkembangan matematik dengan teras mengajar kanak-kanak simbol nombor 1,2,3 dan seterusnya tanpa mengaitkan nombor-nombor ini dengan objek di sekeliling. Ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat mengaitkan nombor dengan keadaan sebenar.
Penggunaan Portfolio Bagi Penilaian Kanak-kanak Prasekolah
  • Tempat penyimpanan hasil kerja adalah juga satu masalah kegunaa portfolio. Terdapat pelbagai bentuk portfolio yang boleh diselenggara. Antaranya menggunakan kotak, fail, folder atau disket. Cara menyimpan hasil kerja banyak bergantung kepada pengalaman guru menyelenggara portfolio pada tahun-tahun sebelumnya. Akibat tidak kecekapan guru mengumpul hasil kerja, sikap guru yang tidak selektif, guru sering kali memasukkan kesemua hasil kerja tanpa dianalisis. Ini menjadikan bahan yang dikumpul terlalu banyak dan menegaskan bentuk fizikal portfolio.
Kurang Pengetahuan Dalam Pengajaran Sains Awal
  • Perubahan kurikulum prasekolah yang sering berlaku di Malaysia banyak menyusahkan proses pembelajaran dan pengajaran guru di peringkat prasekolah. Kurikulum standard prasekolah kebangsaan amat menekankan pengajaran sains awal kepada kanak-kanak prasekolah. Perubahan ini menyebabkan guru-guru prasekolah kurang pengetahuan dalam pengajaran sains awal. Hal tersebut juga memberi kesan terhadap sikap dan keyakinan guru-guru prasekolah dalam pelajaran sains awal. 

Sunday, 21 May 2017

KEPENTINGAN SUBJEK ICT KEPADA KANAK-KANAK

            Pembelajaran ICT merupakan satu bidang yang amat penting dalam membina rangkaian dan memenuhi cabaran persaingan masa kini. Pembelajaran berasaskan pengunaan ICT mampu memberi kesan ke atas hasil kerja dan tingkah laku murid-murid terutamanya kanak-kanak di institusi pendidikan awal kanak-kanak seperti taska, tadika dan prasekolah. Tahap kesediaan guru PAKK merujuk kepada bagaimana seseorang guru itu bersedia atau menyiapkan diri untuk mengajar subjek yang berkaitan dengan penggunaan ICT atau sesuatu yang berkait dengan penggunaan alat-alat berteknologi  seperti komputer. Manakala mengaplikasian penggunaan ICT adalah proses menggunakan sepenuhnya fungsi-fungsi peralatan tersebut sebaik mungkin dengan melibatkan prinsip, kaedah dan teknik pembelajaran yang sesuai dengan bimbingan guru yang terlatih dalam bidang tersebut.

             Pembelajaran dengan mengaplikasikan penggunaan ICT ini selaras dengan kehendak yang digariskan dalam Plan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu membangunkan ICT dalam pendidikan yang mengambil kira keperluan kanak-kanak untuk mengetahui dan mempelajari literasi ICT, memperoleh kemahiran ICT dan menggunakan ICT ketika proses pembelajaran dan pengajaran berlaku secara langsung.

            Persekitaran seperti makmal komputer yang disediakan mampu menilai sejauh mana tahap kesediaan guru PAKK dalam menyediakan bahan bantu mengajar berasaskan ICT yang mampu menarik minat kanak-kanak terhadap isi pelajaran dan kesan pengajaran terhadap hasil kerja dan tingkah laku kedua-dua pihak iaitu guru dan kanak-kanak. Pembelajaran ICT turut melibatkan aspek kesediaan guru PAKK, kemudahan fizikal dan kesesuaian bahan ICT. Amalan ICT kepada kanak-kanak di bilik darjah TASKA. TADIKA atau prasekolah mampu merangsang perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

            Pendedahan berkaitan pengetahuan dan penggunaan asas ICT akan diterapkan kepada guru PAKK bagi menyediakan bahan bantu mengajar berasaskan penggunaan ICT di institusi pendidikan awal kanak-kanak. Hal ini kerana, aktiviti pembelajaran dan pengajaran berasaskan ICT akan memperkembangkan kecerdasan pelbagai seseorang individu seperti kecerdasan intelektual, linguistik dan intrapersonal dan sebagainya.

            Aspek seterusnya adalah melibatkan tahap kemudahan fizikal makmal komputer dalam proses pembelajaran dan pengajaran menggunakan ICT. Kemudahan-kemudahan peralatan ICT seperti komputer,LCD projektor, speaker dan lain-lain disediakan bagi memenuhi keperluan pembelajaran guru PAKK.

            Selain itu, aspek pembelajaran ICT juga dinilai melalui tahap kesesuaian bahan yang digunakan semasa proses pembelajaran dan pengajaran penggunaan ICT. Tahap kesesuaian bahan mungkin dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti tidak mencukupi hasil pengajaran atau objektif pembelajaran, tidak relevan dengan perkembangan kanak-kanak iaitu bahan yang disediakan tidak mengikut tahap umur kanak-kanak atau kebolehan dan keupayaan kanak-kanak untuk menggunakan bahan yang telah dibekalkan. Maka amat penting kepada guru PAKK menguasai ilmu ICT kerana golongan ini bekerja dengan kanak-kanak pada masa akan datang. Keseluruhannya apabila guru PAKK dengan menguasai pembelajaran berasaskan ICT proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku dengan lancar. Bagi memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran ICT, penggunaan ICT akan melancarkan keberkesanan sesuatu topik pembelajaran apabila adanya bantuan video, audio, text dan sebagainya.

              Penggunaan ICT dalam pembelajaran kanak-kanak bukanlah satu kemestian tetapi dunia berteknologi sekarang guru harus diperkenalkan literasi ICT kepada kanak-kanak kerana perkembangan kognitif dan teknologi kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Kanak-kanak perlu mendapat pendedahan awal tentang penggunaan ICT supaya mereka dapat menggunakan aplikasi internet ke arah yang positif dan membantu dalam proses pembelajaran. Pembelajaran berkaitan ICT juga mempengaruhi hasil kerja dan tingkahlaku kanak-kanak. Seterusnya, dengan konsep pembelajaran ICT guru PAKK turut membantu dalam melahirkan generasi yang celik ICT selaras dengan matlamat kerajaan yang mengutamakan penggunaan ICT.
           

Wednesday, 10 May 2017

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bidang teknologi merupakan bidang yang sangat mencabar minda, kehidupan dalam alam siber memerlukan kita mempunyai pengetahuan yang amat luas. Daripada perkembangan teknologi inilah, manusia menikmati kemudahan hidup. Teknologi memberi pelbagai kesan sama ada kebaikan mahupun keburukan.

Antara kebaikan bidang teknologi dalam pendidikan adalah:
  • Membantu memperbaiki keseluruhan keberkesanan proses p&p
  • Menambah kualiti pembelajaran atau peringkat penguasaan pembelajaran
  • Mengurangkan dan menjimatkan masa dan tenaga
  • Menambahkan keberkesanan guru dari segi bilangan pelajar tanpa mengurangkan kualiti pembelajaran.
  • Merangsang minat pelajar
  • Memberi kelainan dan kepelbagaian dalam kaedah mengajar.
  • Memperkayakan pengalaman pelajar.
  • Menghasilkan bahan-bahan pengajaran yang lebih efisen.

Dalam mengembangkan bidang teknologi pendidikan yang semakin canggih ini juga, terselit jua masalah yang akan timbul dalam mengaplikasikan bidang ini. Antara masalah yang timbul atau keburukan dalam bidang teknologi pendidikan ke atas proses p&p adalah:

  • Guru kurang berkemahiran dalam bidang teknologi 
  • Peralatan-peralatan kurang dan dan tidak disediakan di sekolah-sekolah terutamanya di sekolah pendalaman .
  • Guru kurang bermotivasi dan merasakan bidang teknologi dalam pendidikan sebagai satu bebanan terhadap kerjaya guru.
  • Alatan teknologi pendidikan terutama media elektronik memerlukan peruntukkan kewangan yang besar 
  • Guru tidak mempunyai masa untuk menghasilkan alat bantu mengajar ( ABM ) berbentuk IT 
  • Kekurangan bahan ( software pendidikan ) .